.:: Temuduga SPP ::.


Assalamualaikum Wrt... 
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) merupakan sebuah suruhanjaya yang berperanan melantik pegawai tetap bagi perkhidmatan pendidikan di Malaysia. Untuk itu, artikel saya kali ini berkait rapat dengan temuduga perlantikan oleh suruhanjaya berkenaan.

Perasaan berdebar-debar pasti menyelubungi sanubari apabila mendapat tahu bahawa kita dijemput untuk menghadiri temuduga oleh panel SPP. Oleh itu, semestinya sebagai seorang Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) perlu memperlengkapkan diri dengan segala pengetahuan dan fakta-fakta penting berkaitan sistem pendidikan negara kita. Selain itu, kita juga perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan am termasuk isu-isu semasa, tidak kira sama ada perkara yang berkait langsung dengan pendidikan mahupun perkara yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian.

Oleh itu, saya akan menyenaraikan beberapa perkara atau skop soalan yang kebiasaannya menjadi pilihan penemuduga. Berikut merupakan perkara-perkara yang sering diajukan kepada guru-guru:
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
2. Falsafah Pendidikan Islam (FPI)
3. Persamaan dan perbezaan FPK dengan FPI
4. Dasar-dasar pendidikan (Penyata Razak 1956 / Ordinan Pelajaran 1957, Penyata Rahman Talib 1960 / Ordinan Pelajaran 1961, Laporan Kabinet 1979)
5. Sejarah Ringkas Negara
6. Pengertian Kurikulum serta Matlamat Kurikulum (KBSR, KBSM)
7. Wawasan 2020 (Matlamat dan Teras Wawasan 2020)
8. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP)
9. National Key Result Areas (NKRA)
10. Key Performance Indicators (KPI)
11. Sub-NKRA dalam pendidikan (Prasekolah, LINUS, SBT, Ganjaran kepada PGB)
12. Kaitan RMK-10 dengan Pendidikan Negara
13. Isu-isu semasa

Anda boleh memuat turun fail-fail dalam bentuk folder di sini. Berkaitan KPM di sini. Berkaitan ISU PENDIDIKAN di sini. Berkaitan ISU SEMASA di sini. Sebagai tambahan, perkara yang dinyatakan di atas adalah sebahagian daripada skop yang menjadi kebiasaan diajukan oleh SPP. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari inisiatif sendiri untuk memahami fakta-fakta penting berkaitan sistem pendidikan negara. Selain itu, kita juga perlu bijak menggabungjalinkan sesuatu fakta dengan dasar-dasar terkini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Contohnya, mengaitkan 3M dalam KBSR dengan Sub-NKRA pendidikan iaitu Literasi dan Numerasi (LINUS). Apakah dasar KBSR selama ini tidak membantu pelajar dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)? Ini salah satu soalan yang diajukan kepada saya sendiri oleh panel SPP. Alhamdulillah saya dapat menjawab dengan tenang, huhu.

Semoga kita akan menjadi guru yang sentiasa berdedikasi mengaplikasikan pendidikan sepanjang hayat. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita, amin...

Comments :

0 Komen to “.:: Temuduga SPP ::.”