.:: Fadhilat Zikrillah ::.






Hadis 1
Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Allah s.w.t berfirman: Sesungguhnya, Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari
segala dosa). Apabila hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.

Hadith ini mengandungi berbagai-bagai keterangan. Allah berfirman:"Aku bertindak terhadap hambaKu sebagaimana yang disangkakan olehnya." maksudnya hendaklah sentiasa mengharapkan kurnia dan rahmat dari Allah s.w.t. Janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat-Nya. Walaupun kita berdosa dan telah melampaui batas yang kita percaya bahawa segala dosa dan kesalahan kita itu pasti akan dibalas namun janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat Allah s.w.t. Kemungkinan besar Allah s.w.t mengampuni dosa kita semata-mata dengan rahmat kurnia-Nya.

Hadis 2
Baginda Nabi s.a.w menziarahi seorang sahabat muda yang berada dalam sakaratul-maut, lalu Baginda bertanya kepadanya, "Apakah hal kamu ini?" Jawabnya, " Ya Rasulullah aku mengharapkan rahmat Allah dan aku takut dengan-Nya kerana dosa-dosa ku." Sabda Baginda," Jika kedua-dua ini (yakni harapan dan ketakutan) didapati di dalam keadaan seperti ini, maka nescaya ALLAH s.w.t mengurniakan apa-apa yang diharapkan dan menyelamatkan dari apa yang ditakuti."(JAMI'UL FAWA'ID)

Diberitahukan di dalam satu hadis, bahawa seorang mukmin menganggap terhadap maksiatnya, seolah-olah orang itu berada di kaki sebuah gunung dan gunung tersebut akan terhempas ke atasnya. Sebaliknya seorang penderhaka yang menganggap terhadap dosanya, seolah-olah seekor lalat yang berada di sampingnya dan kemudian lalat itu diterbangkan, yakni orang itu tidak memperdulikan langsung mengenai dosa-dosanya itu. Jelas sekali bahawa seseorang itu mestilah merasa takut terhadap maksiat menurut keadaan maksiat-maksiat itu dan juga mengharapkan rahmat menurut keadaannya pula.

Hadis 3
Diriwayatkan bahawa seorang sahabt r.a berkata: "Ya Rasulullah s.a.w hukum-hukum syariah (undang-undang Islam) ini telah banyak bagiku, tunjukilah kepadaku akan sesuatu sebagai pegangan bagiku, "Baginda s.a.wbersabda: "Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah."

Di dalam satu hadits ada disebutkan Hazrat Muaz r.a berkata bahawa pembicaraan yang terakhir sekali yang berlaku di antara baginda s.a.w dengannya ialah seperti berikut: "Semasa aku berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Tuhan? Sebagai menjawab Baginda s.a.w bersabda: "Basahiah lidahmu dengan zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia."

Semasa berpisah maksudnya ialah baginda s.a.w mengutus hazrat Muaz r.a selaku gabenor ke Yaman untuk menyampaikan dakwah dan taklim di sana. Di waktu Muaz r.a hendak berangkat, baginda s.a.w memberikan beberapa nasihat kepadanya. Ia juga mengemukakan beberapa masalah kepada baginda s.a.w termasuklah masalah yang tertera di atas.

Comments :

0 Komen to “.:: Fadhilat Zikrillah ::.”