Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

.:: Kewajipan Berzakat (Bahagian 1) ::.

Zakat adalah Rukun Islam ketiga yang diwajibkan di Madinah pada bulan Syawal tahun kedua hijrah yang telah diwajibkan puasa Ramadan dan Zakat Fitrah. Ayat-ayat zakat, sedekah dan infaq yang turun di Makkah baru berupa anjuran dan penyampaiannya menggunakan metodologi pujian bagi yang melaksanakannya dan cacian atau teguran bagi meninggalkannya.

Landasan kewajipan zakat disebutkan dalam Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.

1. AL-QURAN:
Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Baqarah; ayat 43 yang bermaksud:

“Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat dan tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama dengan orang yang rukuk. Surah At-Taubah ayat 103: Ertinya: “Ambilah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan doakanlah mereka kerana sesungguhnya doamu dapat memberikan ketenangan bagi mereka. Dan Allah

.:: Kesabaran Dalam Kehidupan ::.

Assalamualaikum Wrt…

Bersua kembali setelah sekian lama tidak mengemaskini blog kesayangan nie...Apa yang akan dinukilkan mungkin agak berlainan daripada artikel2 sebelum ini...Semuanya sekadar perkongsian pengalaman hidup seharian...Hidup bagaikan sebuah roda, saban hari ujian datang melanda...begitu juga bagi mereka yang berjauhan daripada pasangan masing2 dek tugas serta tanggungjawab, mungkin si suami di selatan, si isteri di utara, diharapkan kalian banyakkan bersabar.

Mudah2an, dengan kesabaran kalian yang tinggi, Allah akan membalasnya dengan suatu ganjaran dan kebaikan yang tidak terhitung banyaknya, insyaAllah. Kepada si isteri yang berjauhan dengan suami, diharap kalian dapat melipat gandakan kesabaran dan doa, mudah2an Tuhan Yang Maha Penentu

.:: Nuzul al-Quran ::.


Assalamualaikum Wrt... 
Setiap kali Ramadhan bertandang, pasti kita akan teringat dengan sejarah penurunan kitab mulia, AL-QURAN AL-KARIM. Kitab yang mengandungi panduan dan petunjuk yang meliputi seluruh aspek kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Sememangnya, p
eristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti

.:: Galakan Membaca al-Quran ::.

Assalamualaikum Warahmatullah...................
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah azzawajalla kerana dengan petunjuk dan hidayah-Nya, sekali lagi tergerak di hati kecil ini untuk menukilkan beberapa mafhum hadis berkenaan galakan Nabiyyil Mustofa Muhammad s.a.w dengan amalan membaca al-Quran. Berikut beberapa mafhum hadis yang sempat dinukilkan:

Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, ia berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bacalah al-Quran, kerana ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberi syafa'at kepada para pembacanya". (Hadis sahih, riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka ia akan memperoleh pahala satu amal kebajikan, dan satu pahala amal kebajikan dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah

.:: Martabat Puasa ::.


Assalamualaikum Warahmatullah...

Alhamdulillah, setiap tahun Allah azzawajalla memberi kesempatan kepada hamba-hambaNYA agar melipat-gandakan amalan kebajikan. Allah azzawajalla mensyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini sebagai satu medium untuk hamba-hambaNYA yang tahu bersyukur dan menghargai peluang yang ada untuk menambah pahala kebaikan dengan amalan-amalan sunat dan sebagainya. 

Puasa sebagaimana diketahui umum dari sudut bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu perkara. Manakala, dari sudut istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada perkara-perkara tertentu, oleh orang tertentu, pada waktu tertentu dengan beberapa syarat tertentu.

Maksud perkara tertentu adalah seperti makan, minum, melakukan hubungan sejenis (jimak) serta perkara membatalkan puasa yang lain. Manakala, orang tertentu pula adalah orang yang beragama Islam, telah cukup umur (baligh) dan berakal. Sementara pada waktu tertentu pula bererti

.::Adab Berpuasa dan Solat Tarawih::.


Assalamualaikum Warahmatullah...
Ibadah puasa sememangnya menjanjikan pelbagai ganjaran pahala dan kebaikan yang banyak jika teliti dengan sebenar2nya. Untuk mencapai tujuan berkenaan, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk memastikan ibadah puasa hanya semata2 kerana Allah azzawajalla dan perlu sentiasa berusaha untuk menjaga kualiti puasa itu sendiri. Di sini ingin saya senaraikan beberapa adab yang mungkin dapat dijadikan panduan sahabat2, antaranya:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya. 
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan perkara yang sia2. 
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan makanan yang halal dan

.:: Hikmah Ramadhan Karim ::.

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan al-Karim…
 

Setinggi2 kesyukuran dirafa’kan kepada Allah azzawajalla, kerana masih lagi memberi pinjaman ruh serta masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk sekali lagi bertemu dengan bulan Ramadhan. Bulan yang di dalamnya dijanjikan pelbagai kenikmatan yang tidak terhitung banyaknya sekiranya kita berfikir. Bulan yang dilipat gandakan pahala amalan. Bulan barakah. Bulan di mana syaitan2 di belenggu, dan bulan di mana pintu2 syurga terbuka luas buat mukminin dan mukminat menjadi hamba yang ta’at dan patuh dengan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-NYA.

.:: Maafkan Cikgu ::.


Assalamualaikum Warahmatullah...
Kali ini saya nak kongsikan sebuah cerita yang mempunyai pelbagai mesej tersirat. Cerita ini boleh kita jadikan iktibar dan petua untuk lembutkan hati kita untuk kebaikan bersama. Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu. 

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya

.:: Aktiviti Harian - al-Ghazali ::.

Assalamualaikum wrt...insyaAllah dalam artikel kali ini saya akan kongsikan beberapa pesanan Imam al-Ghazali Hujjatul Islam berkaitan aktiviti harian kita. Pesanan ini dipetik daripada salah sebuah kitab beliau, iaitu Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Melalui buku ini imam al-Ghazali menerangkan apakah aktiviti2 harian yang sewajarnya dilakukan oleh seseorang muslim pada siang dan malam hari sepanjang hidupnya. Mengikut imam al-Ghazali, inilah satu panduan hidup harian yang lengkap yang patut diamalkan oleh setiap orang Islam. Berikut petikan mengenai nasihat imam al-Ghazali mengenai aktiviti yang sepatutnya dilakukan di waktu pagi, selepas solat sunat dhuha, hingga menjelang waktu gelincir matahari, iaitu masuknya waktu untuk

.:: Golongan Yang Tidak Dipandang Allah ::.

Assalamualaikum wrt wbt...Salam kasih sayang buat semua. Kebelakangan ini sering terlintas dibenak saya untuk menulis tentang sikap dermawan yang suka memberi, tetapi diirigni bersamanya publisiti tentang apa yang didermakan.

Jika kita renung sejenak, adakah sesuatu pemberian yang disertai dengan rasa berbangga2 dan angkuh akan diterima oleh Allah s.w.t? Di tambah pula dengan sikap yang suka menghebahkan serta mengungkit2 di atas sesuatu pemberian, semestinya kita mengatakan amalan sedemikian tampak gah di mata insan, tetapi sebenarnya tidak di sisi Tuhan. Mereka inilah merupakan salah satu

.:: Pendidik atau Penternak ? ::.

Assalamualaikum...Dah lama rasanya saya tidak mengemaskini blog kesayangan nie...Hari nie rasa terdetik pula untuk menulis satu artikel berkaitan isu yang saya rasakan penting sebagai renungan kita bersama.

Musim cuti persekolahan sebegini kita sering menerima jemputan ke majlis2 perkahwinan, tidak kira sama ada dari jauh atau dari kejiranan kita sendiri. Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah sejauh mana persediaan pasangan menghadapi alam rumah tangga terutamanya setelah bergelar ibu dan ayah. Kalau kita perhatikan di sekeliling kita, tentu kita menyedari bahawa masih banyak lagi simptom2 kemusnahan akhlak remaja yang

:: Andai ini Ramadhan Terakhir ::

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu sahaja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

"Ya Allah jadikanlah kami hamba2-Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami serta dosa2 kedua ibubapa kami . Dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin...


.:: Meniti Mimpi ::.



Photobucket
Kau terdengar kicauan beburung
yang menyanyi di dada pelangi
Kau menggapai awan di langit memutih
Dirimu lebur dimamah mentari

Kau impikan harapan menggunung
Di lorong hanyir kehidupanmu
Kau hirup sari madu bunga beracun
Mewarnai dunia misteri mimpimu

Kau calari setangkai hati ibunda
Yang menanti di bilahan hari-hari
Kau hitamkan wajah ayahanda
Yang mengharapkan sinar kehidupan

Kau terdengar kicauan beburung
Yang menyanyi di dada pelangi
Kau menggapai awan di langit memutih
Dirimu lebur di mamah mentari

Apalah yang diharapkan lagi
Semua kini sudah jadi tak pasti
Bangkitlah segera dari mimpi ngeri
Pulihkan kembali sebuah harga diri

Sinar hidupmu tiada nyalaan api
Berlabuhlah di muara ini
Pasrahkanlah hidupmu ke lorong Ilahi
Di sana menanti syurga yang abadi
Di sana menanti syurga yang hakiki

Kau terdengar kicauan beburung
Yang menyanyi di dada pelangi
Kau menggapai awan di langit memutih
Dirimu lebur dimamah mentari

Sinar hidupmu tiada nyalaan api
Berlabuhlah di muara ini
Pasrahkanlah hidupmu ke lorong Ilahi
Di sana menanti syurga yang abadi
Di sana menanti syurga yang hakiki

Petikan Lirik : Meniti Mimpi
Kumpulan : Hijjaz

.:: Kata-kata Hikmah Khulafa' Ar-Rasyidin ::.



Photobucket
SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak

.:: Ikhlas Kerana Allah SWT ::.

Ikhlas adalah satu kata yang sangat mudah diucapkan oleh setiap orang, termasuk orang munafik dan kafir sekalipun. Tetapi sebenarnya kata inilah yang paling berat dan paling sulit untuk direalisasikan. Terkadang para daie mampu menjaga keikhlasan di awal perjalanan, tetapi di tengah jalan berbagai macam ujian dan cubaan menghadangnya sehingga dia menjadi lemah, luntur dan jatuh dalam sumur riya’ dan

.:: Fadhilat Zikrillah ::.






Hadis 1
Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Allah s.w.t berfirman: Sesungguhnya, Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari

.:: Tarbiyah Allah 'Azza Wa Jalla...::.




Seringkali kita kecewa... namun kita tetap masih mampu tersenyum
seringkali kita jatuh.. namun kita masih berusaha untuk bangun
seringkali kita terkilan.... namun kita sabarkan hati kita bahawa esok masih ada
seringkali kita menangis... namun kita masih boleh tertawa

.:: Nasihat Imam al-Ghazali ::.

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang

Pesanan Imam Syafie

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, seperti aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang sanggup bersamaku semasa suka dan duka. Jika aku temui, aku berjanji akan selalu setia kepadanya.

Aku hulurkan tangan kepada sabahat-sabahatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sabahat, aku semakin yakin pada diri sendiri.

Belum pernah aku temui di dunia ini seorang teman yang setia dalam suka atau duka. Padahal hidupku sentiasa berputar antara suka dan duka. Jika duka melanda, aku sering bertanya- siapakah yang sudi menjadi temanku? Semasa aku senang, sudah biasa banyak orang akan iri hati, namun,...

Nasihat Bagi Pemuda Muslim Dan Penuntut Ilmu

Oleh: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani


Pertama-tama aku menasihatimu dan diriku agar bertakwa kepada Allah Jalla Jalaluhu, kemudian apa saja yang menjadi bahagian/cabang dari ketakwaan kepada Allah Tabaarakan wa Ta'ala seperti :

[1] Hendaklah kamu menuntut ilmu semata-mata hanya kerana ikhlas kepada Allah Jalla Jalaluhu, dengan tidak menginginkan dibalik itu balasan dan ucapan terima kasih. Tidak pula menginginkan agar menjadi pemimpin di majlis-majlis ilmu. Tujuan menuntut ilmu hanyalah untuk mencapai darjat yang Allah Jalla Jalaluhu telah khususkan bagi para