Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts

.:: Temuduga SPP ::.


Assalamualaikum Wrt... 
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) merupakan sebuah suruhanjaya yang berperanan melantik pegawai tetap bagi perkhidmatan pendidikan di Malaysia. Untuk itu, artikel saya kali ini berkait rapat dengan temuduga perlantikan oleh suruhanjaya berkenaan.

Perasaan berdebar-debar pasti menyelubungi sanubari apabila mendapat tahu bahawa kita dijemput untuk menghadiri temuduga oleh panel SPP. Oleh itu, semestinya sebagai seorang Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) perlu memperlengkapkan diri dengan segala pengetahuan dan fakta-fakta penting berkaitan sistem pendidikan negara kita. Selain itu, kita juga perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan am termasuk isu-isu semasa, tidak kira sama ada perkara yang berkait langsung dengan pendidikan mahupun perkara yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian.

.:: Hukum Menggunakan Bekas Makanan Kafir ::.



Assalamualaikum Warahmatullah...

Hari ini saya akan kongsikan satu artikel berkaitan hukum menggunakan bekas makanan orang-orang kafir. Hal ini berikutan timbul persoalan apabila terdapat sebahagian dari kalangan rakan-rakan, termasuk saya sendiri mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Jadi di sini saya sertakan serba sedikit bahan yang saya dapat dari beberapa laman sesawang...


1) Kata Jabir: “Sesungguhnya ketika kami menyertai perang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, apabila kami mendapati periuk dan bekas minuman musyrikin, maka kami menggunakannya dan Rasulullah s.a.w tidak melarang kami”.

.:: Penentuan Matlamat ::.



Photobucket
SETIAP individu mempunyai matlamat hidup masing-masing. Jika ditanya apakah matlamat hidup kita, seorang peniaga akan mengatakan matlamatnya ialah untuk maju dalam perniagaannya. Seorang guru akan mengatakan agar ia dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya dan seorang pelajar pula akan mengatakan tentang harapannya untuk beroleh kecemerlangan dalam pelajarannya.

.:: Pengorbanan Ke Arah Kejayaan ::.

PADA tahun lepas ada di antara pelajar-pelajar berasa sangat gembira kerana gambar mereka tersiar di akhbar-akhbar kerana berjaya menempah kecemerlangan dalam peperiksaan STPM yang lalu. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang lain? Tidakkah merasa "cemburu" terhadap kejayaan rakan-rakan kita itu? Bayangkan betapa seronoknya perasaan mereka serta ibu bapa mereka apabila mendapat tahu bahawa anak-anak mereka telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan!

Sebenarnya anda juga boleh menjadi pelajar cemerlang sama seperti pelajar-pelajar yang terpapar di akhbar-akhbar. Kejayaan tidak mengenal siapa anda, lelaki atau perempuan, tinggi atau rendah, kaya atau miskin, agama atau bangsa. Potensi dan fitrah manusia yang diberikan oleh Tuhan adalah sama. Perbezaannya adalah lahir dari tindakan kita. Manakala tindakan kita pula dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah"

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN



"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian... dan kemakmuran masyarakat dan negara."

PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

1. Sebagai suluh yang memberi panduan dan tuju arah kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan.

2. Menjadi dasar dan pertimbangkan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara.

3. Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara.

4. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan.

5. Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

6. Sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan.

7. Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.