Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts
Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts

.:: Error Semasa Install Microsoft Office ::.

Mungkin sesetengah dari kalangan kita pernah mendapat ralat (error) ketika memasang (Install) program Microsoft Office, sama ada versi 2003, 2007 mahupun 2010. Hari ini saya akan tunjukkan salah satu error yag biasa berlaku pada sesetengah komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP SP2 ataupun SP3, antaranya error ini:

The Windows Installer Cannot Update One Or More Protected Windows File. Setup Failed. Rolling Back Changes...”

Punca:
Ralat ini adalah berpunca daripada salah satu fail windows yang tidak lengkap dalam komputer anda. Fail tersebut adalah “fp4Autl.dll “ yang terletak di lokasi: C:\Program Files\Common Files\Microsoft Shared\Web Server Extensions\40\Bin

.:: Teknik Godam Komputer ATM Didedah ::.


LAS VEGAS 29 Julai - Seorang penggodam menemui kaedah memaksa mesin juruwang automatik (ATM) mengeluarkan wang dengan menggodam komputer yang berada di dalamnya.
Demonstrasi serangan itu dilakukan semalam yang disasarkan kepada mesin ATM tunggal. Namun ia mungkin dapat digunakan terhadap mesin ATM kendalian bank-bank biasa.

Penjenayah sejak dulu lagi mengetahui mesin ATM boleh diceroboh. Terdapat pelbagai jenis serangan digunakan hari ini, menggunakan teknologi canggih hinggalah tindakan nekad seperti, memasukkan pembaca kad palsu bagi mencuri nombor kad, menyorokkan kamera kecil bagi mendapatkan nombor PIN, menutup slot yang mengeluarkan wang malah melarikan mesin ATM menggunakan lori sebelum dipecahkan kemudian.

.:: Tingkatkan Prestasi Windows XP ::.


Assalamualaikum wrt...Bertemu kembali kita dalam artikel terbaru saya ini. InsyaAllah, hari ini saya akan dedahkan lagi satu kaedah yang meningkatkan prestasi windows XP anda ke tahap mmaksimum. Sebenarnya saya sendiri telah mencuba kaedah ini, ternyata berkesan dan prestasi windows saya bertambah lancar dari sebelumnya. Kaedah yang dimaksudkan adalah mematikan servic yang tidak diperlukan semasa komputer dihidupkan. Sebenarnya, semasa komputer dihidupkan, terdapat pelbagai servis yang beroperasi (running) serentak dengan operasi windows, jadi anda boleh mematikan servis yang tidak diperlukan tersebut. Caranya, anda lakukan RUN (Klik START button, pilih RUN) dan taip SERVICES.MSC ,Antara servis yang boleh dimatikan adalah

.:: Teknik penjagaan PC ::.


Bagi menjaga komputer senang sahaja sekiranya ia menjadi satu tabiat. Terdapat beberapa perkara yang ingin dibincangkan didalam artikel teknik penjagaan komputer ini. Di harapkan apabila kita sudah baca teknik penjagaan yang mudah ini, jangka hayat komputer anda akan lebih lama.

Teknik menjaga komputer ini merangkumi beberapa topik utama yang perlu menjadi perhatian. Topik pertama adalah mengenai masalah habuk. Selepas itu kita akan berbincang pula mengenai kesan suhu ke atas komputer, masalah virus, cara penggunaan dan akhir sekali kita akan membincangkan serba sedikit mengenai cara penyelenggaraan

Tanda-Tanda Komputer Kena Virus …!!!


Simptom-simptom serangan virus

1. PC menjadi hang selepas dibuka.

2. Keupayaan atau prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka terlalu perlahan.

3. Keluar mesej ‘Out-of-memory error’ walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.

4. Sistem operasi Windows tidak boleh dilarikan walaupun sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun

.:: Spyware Disable Kaspersky ::.

Assalamualaikum...
Salam sejahtera kepada semua sahabat. Hari nie saya akan dedahkan satu lagi perkara baru berkaitan spyware pengganggu sistem komputer anda. Berikut maklumat lengkap:

-Nama Spyware: h4ck3v1l.vbs
-Simptom: tidak boleh update kaspersky
-Effect: disabled updated kapsersky, disabled show hidden files dan tukar task manager, msconfig, serta regedit kepada skrip note pad.

-Penyelesaian:
1-Perbaiki sistem menggunakan perisian Malwarebytes-Anti-Malware, download di sini.
2-Selepas install, pastikan anda update Malwarebytes-Anti-Malware, kemudian scan komputer anda dan

Shortcut Pada Keyboard Anda

Kebiasaannya kita menggunakan mouse untuk menggerakkan cursor untuk melakukan sesuatu tugasan dalam komputer atau notebook. Mungkin ramai yang tidak menyedari, walaupun tanpa menggunakan mouse kita masih boleh melakukan sesuatu kerja di hadapan komputer, iaitu dengan cara menggunakan kombinasi dua atau lebih kekunci pada keyboard. Anda mungkin akan dianggap hebat di kalangan rakan-rakan sekiranya mahir dalam menggunakan shortcut berkenaan. Di sini saya akan menukilkan beberapa shortcut bermanfaat untuk diaplikasikan oleh anda semua.

Asas Shortcut

CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
DELETE (Delete)
SHIFT+DELETE