.:: Praktikal Oh Praktikal ::.

Assalamualaikum wrt...salam perjuangan buat sahabat2 serta bakal2 ustaz dan ustazah. Sejak memulakan praktikal di SMAP Labu, rasnya inilah kali pertama baru sempat untuk saya berkongsi pengalaman dengan sahabat2 berkisar tentang pengalaman menjadi guru pelatih. Syukur ke hadrat Allah swt kerana telah menempatkan saya di sekolah berkenaan. Cabaran dari segi kawalan kelas tidaklah sepertimana sahabat2 lain di sekolah2 menengah harian biasa. Boleh dikatakan keseluruhan murid2 dalam tingakatan yang saya ambil alih semuanya memberikan kerjasama yang baik. Jadi perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran P&P tidaklah menyukarkan.


Program Sehari Bersama Pra-U

Selain itu, layanan pihak sekolah sama ada dari segi pentadbiran dan guru2 senior amat memuaskan. Pertolongan sentiasa dihulurkan sekiranya saya memerlukan nasihat dan bimbingan, alhamdulillah...Pengalaman yang diperolehi...bukan sahaja dari sudut pengajaran di dalam kelas, malah pengalaman menggantikan guru lain yang tidak dapat hadir, menjaga peperiksaan pertengahan tahun, menyertai program2 sekolah dan pelbagai lagi.

Harapan saya, semoga sahabt2 yang lain turut menimba pengalaman bermanfaat sebanyak mungkin sepanjang kita menjalani latihan mengajar (LM) ini, insyaAllah

Comments :

1
Hasmora said...
on 

agak2nyalah.. camana agaknya kalau aku yang kena sana.. haru jugak rasanya.. nostalgik woo