.:: Murid-murid Thailand ::.

Pakaian Hari Ko-K

Assalamualaikum wrt...
insyaAllah, dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan sedikit pengalaman manis sepanjang menjalani latihan mengajar di SMAP Labu, Negeri Sembilan. Minggu pertama selepas cuti penggal pertama persekolahan sememangnya agak mencabar. Apa tidaknya, minggu berkenaan penyelia datang dan akan menilai pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang saya lakukan. Salah satu kelas yang paling menarik minat saya iaitu kelas tingkatan 1 Batani. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, kelas ini terdiri daripada murid-murid Thailand, kesemuanya adalah murid dari Negara Gajah Putih (Thailand).

Mungkin sahabat2 di tempat lain tidak merasai perasaan seperti saya. Sebenarnya, di samping menyampaikan isi pengajaran, saya berpeluang mengajar dan memperbetulkan sebutan Bahasa Melayu serta sebutan dan penulisan jawi mereka. Syukur ke hadrat Allah swt, kerana menempatkan saya di sini. Kegembiraan yang tidak terluah dengan perkataan. Merasai sendiri pengalaman mengajar di dalam kelas berkenaan, terasa bagai seperti ingin mengajak sahabat2 lain untuk sama2 merasai pengalaman mengajar di dalam kelas berkenaan.

Sesi Bergambar Selepas Kelas

Peristiwa paling menyeronokkan saya dan mereka adalah pada hari ini (26/06/2009). Pertama kali saya menggunakan kaedah mainan “Kotak Beracun” iaitu semasa peringkat penilaian, terasa pengajaran saya sangat dihargai. Soalan yang dikemukakan dalam kotak tersebut dapat dijawab dengan baik, Alhamdulillah. Semoga motivasi dari murid2 ini menjadi pendorong kepada saya dan sahabat2 semua, insyaAllah.

Satu tips yang saya rasa patut berkongsi dengan sahabat2 berkaitan permainan kotak beracun dalam artikel kali ini adalah cara perlaksanaannya. Kebiasaannya, kita perlu menggunakan muzik serta bilik ICT dengan kemudahan speaker, komputer dan sebagainya. Sebenarnya, permainan ini boleh diaplikasikan di dalam kelas. Bagaimana yer? Begini, sahabat2 boleh menggunakan lampu di dalam kelas sebagai alternatif kepada penggunaan muzik. Edarkan kotak berisi soalan, dan biarkan murid menggerakkannya, kita hanya perlu menyalakan dan memadamkan lampu sahaja, tetapi jangan melihat di mana kotak tadi berada, baru menarik. Apabila kita memadamkan lampu, pilih murid yang ada padanya kotak tadi, seterusnya minta murid berkenaan memilih satu soalan dari kotak terbabit dan menjawabnya. Sebagai guru pula, kita perlu memainkan peranan dengan cara mengukuhkan jawapan murid tadi. Semoga tips ini bermanfaat untuk semua, insyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini. Wallahu Ta’ala a’lam bissawab...

Comments :

0 Komen to “.:: Murid-murid Thailand ::.”