.:: Hikmah Ramadhan Karim ::.

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan al-Karim…
 

Setinggi2 kesyukuran dirafa’kan kepada Allah azzawajalla, kerana masih lagi memberi pinjaman ruh serta masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk sekali lagi bertemu dengan bulan Ramadhan. Bulan yang di dalamnya dijanjikan pelbagai kenikmatan yang tidak terhitung banyaknya sekiranya kita berfikir. Bulan yang dilipat gandakan pahala amalan. Bulan barakah. Bulan di mana syaitan2 di belenggu, dan bulan di mana pintu2 syurga terbuka luas buat mukminin dan mukminat menjadi hamba yang ta’at dan patuh dengan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-NYA.

Sesungguhnya, suatu perkara yang tidak diragukan lagi ialah tentang hukum-hakam Allah azzawajalla semuanya mempunyai hikmah, rahsia dan faedah kepada hamba-hambaNYA yang berfikir. Begitu jualah dengan ibadah puasa yang di dalamnya memiliki hikmah dan faedah yang
cukup banyak yang kadang2 kebanyakan dari kalangan kita sendiri tidak menyedarinya. Sebagai perkongsian sempena Ramadhan 1431 Hijrah ini, marilah sama2 kita menghayati sedikit sebanyak hikmah yang Allah azzawajalla datangkan bersama dengan bulan al-Karim ini. Antaranya:
1. Di antara sifat puasa yang sahih adalah menyedarkan hati agar muraqabah kepada Allah azzawajalla. Apabila berpuasa, seseorang mukmin menghabiskan sebahagian dari waktu siang dengan berlapar dan dahaga, maka semestinya jiwa kita menginginkan makanan dan minuman. Tetapi, apabila menyedari bahawa kita sedang berpuasa, ia dapat menghalang kita daripada memenuhi kehendak jiwa dan nafsu sebagai melaksanakan perintah Allah azzawajalla. Daripada pertentangan jiwa ini, akan lahirlah kesedaran hati dan suburlah muraqabah kepada Allah azzawajalla serta berterusanlah ingatan kita terhadap Rububiyah dan akan sentiasa sedar bahawa kita adalah hamba yang tunduk kepada hukum-hakam Allah azzawajalla.
2. Bulan Ramadhan adalah bulan suci dibandingkan dengan bulan2 lain. Allah azzawajalla menghendaki hamba-NYA supaya memenuhkannya dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepada-NYA. Juga mengisinya dengan setinggi2 makna perhambaan kepada Allah azzawajalla. Pensyariatan puasa adalah jalan paling mudah untuk memenuhi hak2 Allah azzawajalla dengan melaksanakan kewajipan perhambaan kepada-NYA.
3. Pensyariatan puasa akan membersihkan jiwa dan menghaluskan perasaan. Sesungguhnya, kehidupan seseorang muslim sentiasa berada dalam keadaan kenyang pasti akan memenuhkan jiwanya dengan sifat2 keras dan menyuburkan faktor perlampauan.
4. Diantara prinsip terpenting tertegaknya masyarakat Islam ialah saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi sesama umat Islam. Amat sukar bagi si kaya untuk mengasihi si miskin dengan kasih sayang yang sebenarnya tanpa merasai kesakitan dan kepayahan kemiskinan, juga kepahitan kelaparan dan penderitaan. Bulan Ramadhan adalah sebaik-baik madrasah yang akan mencorakkan pengalaman yang akan diperolehi si kaya mengenai perasaan si fakir. Oleh itu, puasa adalah sebaik-baik perkara yang akan menimbulkan rasa kasih sayang, rahmat dan kasihan di dalam hati sanubari kita.

Semoga Ramadhan kali ini meninggalkan kesan amat mendalam dalam dalam sanubari kita. Bukan sahaja sebagai muslim untuk menghayati kesusahan saudar seagama yang berada dalam kesusahan, malah lebih bererti dari itu sebagai hamba kepada khaliq kita, iaitu Allah azzawajalla.

Comments :

0 Komen to “.:: Hikmah Ramadhan Karim ::.”