Mungkin sesetengah dari kalangan kita pernah mendapat ralat (error) ketika memasang (Install) program Microsoft Office, sama ada versi 2003, 2007 mahupun 2010. Hari ini saya akan tunjukkan salah satu error yag biasa berlaku pada sesetengah komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP SP2 ataupun SP3, antaranya error ini:
“The Windows Installer Cannot Update One Or More Protected Windows File. Setup Failed. Rolling Back Changes...” Ralat ini adalah berpunca daripada salah satu fail windows yang tidak lengkap dalam komputer anda. Fail tersebut adalah “fp4Autl.dll “ yang terletak di lokasi: C:\Program Files\Common Files\Microsoft Shared\Web Server Extensions\40\Bin
1. Anda perlu dapatkan CD Windows atau fail ISO Windows bergantung kepada versi yang anda guna.
3. Copy fail “fp4Autl.dll” tersebut dan Paste ke lokasi: C:\Program Files\Common Files\Microsoft Shared\Web Server Extensions\40\Bin
2. Open folder: i386\FP40EXT.CAB\fp4Autl.dll (Arkib FP40EXT.CAB perlu diextract terlebih dahulu bagi membolehkan anda mengeluarkan fail “fp4Autl.dll”)
3. Copy fail “fp4Autl.dll” tersebut dan Paste ke lokasi: C:\Program Files\Common Files\Microsoft Shared\Web Server Extensions\40\Bin
4. Setelah selesai, anda boleh memasang (Install) semula program Microsoft Office anda tanpa sebarang ralat. Sekian, selamat mencuba.
Catatan: Bagi anda yang tidak mempunyai CD Windows, boleh download terus fail “fp4Autl.dll” di sini
Sumber: Hasil dari pencarian di google
Comments :
Post a Comment