Assalamualaikum wrt wbt...Hari ini saya nak kongsikan kelebihan sebuah buku dengan sahabat-sahabat. Buku ini banyak memberi manfaat, bukan sahaja kepada orang yang tersilap langkah terjebak ke lembah kehinaan, malah amat berguna kepada mereka yang dahagakan petunjuk Ilahi. Karya Dr. 'Aidh Abdullah Qarni ini amat menarik perhatian setiap pembaca. Fakta yang berdasarkan dalil daripada al-Quran dan Hadis sememangnya menyentuh hati pembaca. Gaya penulisan yang menarik dari sudut penyusunan topik perbincangan yang tersusun dari awal hingga akhir, memudahkan pembaca menghayati pengajaran dan kandungan yang ingin disampaikan. Bagi saya, buku ini banyak memberi kesan dalam sanubari. Sebagai insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan, sememangnya kita memerlukan tazkirah atau peringatan yang berterusan sebagai sempadan daripada perkara yang di tegah oleh Allah SWT. Semoga kita tergolong dari kalangan hamba-Nya yang mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya, insyaAllah.
.:: Pesanan Untuk Orang Berdosa ::.
inspirasi ana, Thursday, June 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment