Profil Inspirasi

ins logo

Inspirasi ana merupakan kalimah pendorong kepada penulis sejak sekian lama. Nama penuh penulis ialah Mohd Khir Bin Abd Hamid, dilahirkan di Kampung Masjid Lama, Mukim Tualak, Kuala Nerang, Kedah, My. Mula mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Tualak, kemudian melanjutkan pengajian di peringkat menengah di Sek. Men. Agama Al-Khairiah. Seterusnya, berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Islam...di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, bakal konvo pada bulan ogos 2009 ini.

Minat yang mendalam untuk berkongsi bahan-bahan ilmiah berkaitan ajaran Islam, penididikan, bahan umum dan sebagainya mendorong saya untuk mewujudkan blog sendiri. Semoga blog ini akan menjadi salah satu medium perkongsian bahan-bahan bermanfaat untuk pengunjung semua terutamanya berkaitan tazkirah dan muhasabah, insyaAllah. Memandangkan saya berminat dengan bidang pendidikan, secara tidak langsung artikel berkaitan pendidikan akan saya muatkan di sini.

Selain itu, mengikuti perkembangan teknologi komputer tanah air telah menarik perhatian saya untuk mewujudkan satu ruang bagi menyebarkan artikel berkaitan dengan komputer. Semoga laman yang seringkas ini akan memberikan manfaat yang besar kepada kita semua. Bersesuaianlah dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat...". InsyaAllah, saya akan muatkan dalam blog ini bukan sahaja ilmu duniawi, malah ilmu ukhrawi, insyaAllah. Akhir kalam, semoga kita sama-sama manfaatkan kandungan blog yang tidak seberapa ini ke arah kebaikan dunia dan akhirat, insyaAllah...Wallahu a'lam.


Comments :

0 Komen to “Profil Inspirasi”