.:: Penentuan Matlamat ::.



Photobucket
SETIAP individu mempunyai matlamat hidup masing-masing. Jika ditanya apakah matlamat hidup kita, seorang peniaga akan mengatakan matlamatnya ialah untuk maju dalam perniagaannya. Seorang guru akan mengatakan agar ia dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya dan seorang pelajar pula akan mengatakan tentang harapannya untuk beroleh kecemerlangan dalam pelajarannya.Sejauhmanakah matlamat itu akan tercapai? Semua matlamat yang dinyatakan di atas ialah matlamat jangka panjang iaitu suatu hasil daripada tindakan yang dilakukan.

Tetapi pada saya mempunyai matlamat jangka panjang sahaja belum tentu kita akan dapat merealisasikannya. Apa yang saya hendak berkongsi pengalamandengan para pembaca hari ini ialah setiap individu perlu juga mempunyai matlamat jangka pendek iaitu merupai tindakan serta keperluan yang harus dilaksanakan setiap hari.

Matlamat jangka pendek ialah segala tindakan yang kita perlu ambil setiap hari demi untuk memenuhi matlamat jangka panjang kita iaitu ke arah kecemerlangan.

Jika ia seorang ahli perniagaan, ia perlulah mempunyai satu matlamat bagi setiap hari atau minggu atau bulan. Contohnya seorang ahli perniagaan akan menyusun satu jadual atau pelan yang menunjukkan jumlah dan target barangan yang perlu dijual serta pelanggan-pelanggan yang perlu ditemui untuk tujuan urusniaga.

Bagi seorang guru mereka mempunyai rancangan mingguan dan harian yang menjadi panduan ke arah melaksanakan tugasan mereka dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Rancangan inilah yang merupakan matlamat jangka pendek bagi seorang guru ke arah memenuhi matlamatnya untuk melahirkan anak-anak didik yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Bagaimanakah pula dengan seorang pelajar? Menetapkan satu matlamat di akhir persekolahan adalah sesuatu yang baik kerana ianya merupakan satu destinasi dalam penentuan arah kehidupan.

Tetapi matlamat ini terlalu umum dan tidak mungkin tercapai sekiranya kita tidak berusaha memperolehinya. Setiap usaha memerlukan perancangan sama ada harian atau mingguan dan ianya merupakan satu keperluan bagi kita.

Comments :

0 Komen to “.:: Penentuan Matlamat ::.”