.:: Templet Merancang Kewangan ::.

Assalamualaikum Wrt. Wbt...
Erm, mungkin persoalan ini pernah bertamu di minda anda. Kenapa tidak cukup bajet bulan nie? Kenapa cepat sangat gaji habis? Kenapa baru dua minggu mendapat gaji, kocek sudah ‘kering’?

Anda tentunya pernah berhadapan dengan situasi di atas,kan? Sekiranya pernah, mungkin dalam artikel saya kali ini ada sesuatu yang boleh anda pelajari. Saya akan membicarakan tentang Perancangan Kewanagan. Mungkin saya bukanlah seorang yang ahli berkaitan perakaunan, tetapi merancang kewangan sewajarnya menjadi satu kemestian kepada setiap individu, terutama bagi mereka yang masih baru atau berada di tahun pertama di alam pekerjaan.

Istilah "Perancangan Kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" bagi sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya? Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan. Merancang kewangan sebenarnya sama seperti perancangan aktiviti anda yang lain dalam kehidupan. Contohnya, setiap individu akan merancang aktiviti harian masing-masing, merancang aktiviti di hujung minggu dan sebagainya. Bezanya, dalam merancang kewangan ini, ianya perlu lebih teliti agar kita tidak terhimpit dengan masalah kewangan dan hutang.

Untuk itu, di sini saya bekalkan dengan sebuah templet yang ringkas dan mudah digunakan. Ianya adalah sebuah fail dalam format Microsoft Excel 2007. Anda hanya perlu mengisi pendapatan bersih, perbelanjaan wajib, simpanan serta perbelanjaan sampingan yang lain. Sekiranya di bahagian baki anggaran anda telah muncul simbol Minus ( - ), ini bererti perbelanjaan anda sudah melebihi pendapatan bulanan anda. Jadi, anda Cuma perlu betulkan kembali rancangan perbelanjaan anda. Anda tidak perlu risau kerana di dalam Folder yang disertakan terdapat panduan mudah penggunaan templet ini. Sebagai tambahan, saya sertakan contoh di bahagian bulan Januari. Muat turun templet kewangan anda di sini...Semoga kita sama-sama dapat merancang kewangan dengan berkesan, insyaAllah...Apapun, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan dengan menggunakannya ke arah kebaikan dan kebajikan. Mereka yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan ini, pasti Allah akan limpahkan dengan rezeki yang lebih berganda. Sekian, wassalam...

Comments :

0 Komen to “.:: Templet Merancang Kewangan ::.”