.:: Alam Pekerjaan ::.

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Rasanya hampir setengah tahun saya tidak mengemaskini blog inspirasi nie. Mungkin kesibukan membuatkan saya tidak berkesempatan meninjau blog nie. Apapun, selagi ada kesempatan saya akan mengemaskini blog kesayangan nie, huhu.

Kali ini saya ingin membicarakan serba sedikit berkaitan alam pekerjaan. Maklumla, bila dh melangkah ke alam pekerjaan nie rasa teringin pula menukilkan apa yang patut, huhu. Mungkin kebanyakan dari kalangan sahabat sudah mengetahui tentang pekerjaan saya sekarang. Sebenarnya, saya sudah mula mengajar di SJK(C) Hau Lim, Muar, Johor. Sememangnya tidak pernah terduga dibenak dan fikiran ini bahawa akan ditempatkan jauh di selatan tanah air. Apapun, setinggi-tinggi kesyukuran turut di panjatkan kerana walaupun jauh dari kampung halaman, tetapi masih berada di Semenanjung Barat. Hidup menjadi lebih bermakna jika kita sentiasa menghargai setiap kurniaan Allah, betulkan? Kita mesti percaya bahawa setiap yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Inilah yang dikatakan “Hikmah Tafawutal Arzaq”. Allah tidak mengurniakan sesuatu seandainya kita tidak mampu menanganinya.

Alhamdulillah, walaupun hanya saya seorang sahaja guru melayu di sekolah ini, namun langsung tidak terasa dipinggirkan. Guru-guru di sini sentiasa mengambil berat antara satu sama lain, tanpa mengira kaum mahupun agama. Syukur kita berada di sebuah negara yang aman makmur, dapat bertugas sebumbung tanpa mengenal warna kulit. Inilah yang dikatakan, tugas dan tanggungjawab tidak mengenal sempadan geografi, bangsa dan agama. Begitulah dengan tugas seorang guru, perlu bersedia untuk menabur bakti walau di mana ditempatkan.

Kepada rakan-rakan yang ditempatkan di Malaysia Timur, semoga kalian dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan sebaiknya. Bagi yang selamat berumahtangga pula, TAHNIAH diucapkan semoga kalian dan pasangan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), semoga kalian berjaya semuanya. Doakan saya juga, akan ditemuduga minggu depan (21 Julai 2010), huhu. Sehingga berjumpa lagi...

Comments :

0 Komen to “.:: Alam Pekerjaan ::.”