Bersua kembali setelah sekian lama tidak mengemaskini blog kesayangan nie...Apa yang akan dinukilkan mungkin agak berlainan daripada artikel2 sebelum ini...Semuanya sekadar perkongsian pengalaman hidup seharian...Hidup bagaikan sebuah roda, saban hari ujian datang melanda...begitu juga bagi mereka yang berjauhan daripada pasangan masing2 dek tugas serta tanggungjawab, mungkin si suami di selatan, si isteri di utara, diharapkan kalian banyakkan bersabar.
Mudah2an, dengan kesabaran kalian yang tinggi, Allah akan membalasnya dengan suatu ganjaran dan kebaikan yang tidak terhitung banyaknya, insyaAllah. Kepada si isteri yang berjauhan dengan suami, diharap kalian dapat melipat gandakan kesabaran dan doa, mudah2an Tuhan Yang Maha Penentu
segala memakbulkan hajat kalian. Suka, duka, ujian, dugaan yang datang dari-Nya semuanya tidak lain tidak bukan adalah sekadar menguji sejauh mana keimanan kita dalam menerima qada’ dan qadar dari Yang Maha Penentu segala.

Bagi sesetengah pasangan yang baru berumahtangga, mungkin terpaksa banyak berkorban demi tanggungjawab pada pekerjaan dan pasangan masing2. Maka, di sinilah perlu adanya sikap saling memahami dan bertolak ansur, demi mengekalkan keharmonian rumahtangga yang dibina. Ingatlah kepada janji Allah bahawa: “...di sebalik kesusahan, ada kesenangan...”(Surah an-Nasrh, ayat 5). Begitu juga dalam ayat Allah yang lain: “...Allah tidak memberati (menguji) seseorang, melainkan sesuai dengan kemampuannya...” (Surah al-Baqarah, ayat 286).
Manusia sebagai mahkluk mulia yang dikurniakan akal oleh Allah, adalah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa bersangka baik (husnul zhan) dengan-Nya. Ingatlah, tatkala Allah menguji kita, yakinlah bahawa ianya akan disusuli dengan ganjaran yang tidak ternilai dengan semua kenikmatan dunia yang fana’ ini. Sebagai contoh, sekaya manapun kita, sehebat manapun kita, pasti tidak mampu membeli ketenangan mahupun kebahagiaan selagi kita tidak bersyukur dan redha dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita...Syukur dan redha dengan ujian Allah...
Pernahkah kita terfikir bahawa ujian yang kita lalui hari adalah teramat kecil jika dibandingkan dengan ujian yang dilalui oleh mereka yang dilanda gempa bumi dan sebagainya...Lalu, apakah patut kita merungut setiap kali kita diuji?...Jawapannya tidak sama sekali, sebaliknya kita perlu bersyukur dan terus bersyukur...

Akhir kalam, kepada mereka yang berjauhan dengan isteri, suami atau keluarga tersayang, tidak kira di utara, selatan, barat, mahupun timur tanah air atau serantau dunia, moga kalian sentiasa tabah dan sabar dengan ujian ini. Mudah2an kalian sentiasa menghargai setiap detik dan kesempatan yang dikurniakan-Nya walaupun bertemu seketika...Wassalam...
Comments :
Post a Comment