.:: Kewajipan Berzakat (Bahagian 1) ::.

Zakat adalah Rukun Islam ketiga yang diwajibkan di Madinah pada bulan Syawal tahun kedua hijrah yang telah diwajibkan puasa Ramadan dan Zakat Fitrah. Ayat-ayat zakat, sedekah dan infaq yang turun di Makkah baru berupa anjuran dan penyampaiannya menggunakan metodologi pujian bagi yang melaksanakannya dan cacian atau teguran bagi meninggalkannya.

Landasan kewajipan zakat disebutkan dalam Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.

1. AL-QURAN:
Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Baqarah; ayat 43 yang bermaksud:

“Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat dan tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama dengan orang yang rukuk. Surah At-Taubah ayat 103: Ertinya: “Ambilah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan doakanlah mereka kerana sesungguhnya doamu dapat memberikan ketenangan bagi mereka. Dan Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..."

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-An’aam; ayat 141 yang bermaksud:

"Makanlah buahnya jika telah berbuah dan tunaikan haknya (kewajipannya) pada hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya)..."

2. AS-SUNNAH:
Rasulullah S.A.W bersada yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar yang maksudnya:

"Islam dibina atas lima rukun : Syahadat tiada tuhan kecuali Allah dan Muhammad S.A.W utusan Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat , menunaikan haji dan puasa Ramadan..." 

Hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Ali R.A yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mewajibkan ( zakat ) atas orang-orang kaya dari umat Islam pada harta mereka dengan batas sesuai kecukupan fuqara’ di antara mereka . Orang-orang fakir tidak akan kekurangan pada saat mereka lapar atau tidak berbaju kecuali kerana perilaku orang-orang kaya di antara mereka . Ingatlah bahawa Allah akan menghisab mereka dengan keras dan mengazab mereka dengan pedih..."

3. IJMAK:

Ulama baik salaf (klasik) mahupun khalaf (mutakhir) telah sepakat akan kewajipan zakat dan bagi yang mengingkarinya bererti telah kafir dari Islam.

Comments :

0 Komen to “.:: Kewajipan Berzakat (Bahagian 1) ::.”