.:: Perisian Percuma ::.

Laman ini membolehkan anda memuat turun beberapa perisian yang berbentuk "open source" atau percuma terus dari website pengeluarnya. Untuk itu, saya akan memuatkan link berkaitan perisian2 berkenaan di sini. Semoga bermanfaat buat semua, insyaAllah...
  1. ADOBE Flash Player bagi browser Internet Explorer (IE), Mozilla Firefox dan Opera. Perisian ini diperlukan oleh browser anda bagi membolehkan ia memainkan video berbentuk flash atau dari youtube. Muat turun di sini
  2. ADOBE PDF Reader bagi membolehkan komputer / notebook anda membuka fail2 dalam fomat PDF. Muat turun di sini
  3. MOZILLA Firefox. Selain IE, anda juga boleh menggunakan Mozilla Firefox untuk melayari internet. Muat turun di sini
  4. CCleaner. Perisian ini berfungsi untuk membersihkan fail2 sementara yang terdapat dalam komputer / notebook kita. Fail2 berkenaan termasuklah dari Temporary Internet Files, Cookies, History, Recently Typed URLs dan fail2 lain yang berbentuk sementara. Kita dapat menjimatkan saiz storage kita dengan
    memadam fail2 yang tidak diperlukan dengan menggunakan perisian ini. Muat turun di sini
  5. AVIRA Antivirus Free Edition. Sesetengah pengguna Personal Computer (PC) ingin mengurangkan bajet dengan mengguna perisian percuma. Untuk itu, di sini terdapat Avira yang diberi percuma selama 6 bulan, selepas itu anda perlu muat turun dan install yang baru. Muat turun di sini
  6. WINAMP Media Player. Kebanyakan dari kalangan kita selalu menggunakan perisian Winamp untuk memainkan sesuatu lagu. Untuk itu, anda boleh memuat turun Winamp Media Player Standard versi terbaru di sini
  7. MEDIA Player Classic. Anda mungkin selalu merakam video dalam fomat mp4 atau 3gp? Jadi anda memerlukan perisian Media Player Classic atau Codec untuk memainkan video berkenaan di PC anda. Ia mampu memainkan video dalam pelbagai foamt seperti RMVB, DAT, AVI, WMV, MP3 dan pelbagai lagi. Daptkan player ini di sini

Comments :

0 Komen to “.:: Perisian Percuma ::.”